Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang


Kerajaan negeri akan menghantar kira-kira 200 orang Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri itu pada 9 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata, rombongan pertama skuad sukarelawan itu akan berada di Balik Pulau selama tiga hari bagi menjalankan misi kemanusiaan pasca banjir dengan membantu kerja-kerja pembersihan.

“Operasi pembersihan akan tertumpu ke kawasan yang terjejas, terutama kawasan sekolah dan jalan raya selepas banjir surut,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.

Katanya, Skuad Sukarelawan TTB juga akan digerakkan secara berperingkat-peringkat.

“Jumlah sebenar anggota sukarelawan yang akan dihantar ke Pulau Pinang tertakluk kepada keperluan.

“Skuad sukarelawan sentiasa bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir kembali melanda negeri itu dan kerajaan negeri bersedia menghantar anggota sukarelawan yang diperlukan,” katanya.

Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis lalu yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa.

No comments: