Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JPPM Saran Patuhi Akta Pertubuhan, Elak Terbatal


Semua pertubuhan berdaftar diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 bagi mengelak pertubuhan dan persatuan masing-masing terbatal.

Ketua Pengarah jabatan itu, Suriyati Ibrahim berkata, kekuatan setiap persatuan bukan saja diukur menerusi kuantiti dan kejayaan program yang dilaksanakan tetapi juga berdasarkan disiplin ahli pertubuhan.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 20 daripada 1,127 pertubuhan induk di Terengganu terpaksa dibatalkan. Manakala lebih 6,000 daripada 60,974 pertubuhan di negara ini dikenakan tindakan sama sepanjang tahun ini.

“Tindakan itu dilaksanakan di atas pelbagai sebab, termasuk  gagal menyerahkan penyata tahunan dan tidak mengadakan mesyuarat agung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JBBM Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Suriayati meminta  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempercepatkan usaha meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan istilah Armada digunakan secara sah menggantikan ‘Pemuda’ seperti yang telah termaktub ketika ini.

“Istilah Armada ini tiada dalam perlembagaan parti tersebut,  jadi kita keliru apabila orang menyebut-nyebut istilah Armada bagi merujuk kepada sayap Pemuda PPBM.

“Parti lain menggunakan nama Pemuda, kenapa tidak PPBM? Lebih-lebih lagi perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti itu sendiri,” katanya.


No comments: