Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Joyful Malaysia @ KLIA Buka Dimensi Baru Sektor Pelancongan


Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA 2 yang berlangsung 12 hari sepanjang hujung minggu pada Oktober  lalu berjaya membuka dimensi baru dalam sektor pelancongan di Terengganu.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penampilan yang dilakukan oleh pihaknya pada setiap hujung minggu sepanjang Oktober lalu membuka mata kepada para pelancong mengenai keunikan Terengganu.

Katanya, dengan adanya program anjuran kerajaan negeri melalui JPNT dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad (MAB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu dapat memberi gambaran sebenar mengenai Terengganu.

"Penampilan kita berjaya kerana masih ramai daripada pengunjung antarabangsa yang datang ke Kuala Lumpur mereka tidak dapat membezakan Terengganu dengan Malaysia. Bagi mereka Terengganu itu Malaysia dan Malaysia itu Terengganu.

"Jadi penyertaan kita dalam program ini memberi peluang untuk menerangkan lebih jelas lagi kepada pengunjung yang kebanyakannya datang secara berkumpulan selain dapat memberikan bahan-bahan kepada sasaran-sasaran baru pelancongan Terengganu," katanya kepada Teganukita.

Tun Ahmad Faisal berkata, sepanjang 12 hari berada di sana, pelbagai aktiviti disusun atur bagi menarik pelancong ke gerai pameran.


Tambahnya, pihaknya tidak melatakkan sasaran khsusus pengunjung untuk program tersebut, namun dijangkakan bilangan pelancong ke gerai pameran melebihi 100,000 pengunjung.

"Kita mengambil kira statistik yang dikeluarkan oleh pihak MAB di mana 25 juta pelancong menggunakan KLIA 2 manakala 15 juta lagi menggunakan KLIA 1.

"Jadi kalau kita dapat mempamerkan jenama Terengganu ini kepada satu peratus saja daripada pengunjung pada hari itu, ianya sudah menjadi satu bilangan yang besar," katanya.

No comments: