Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JKNT Fokus Kekang Diabetes Di Kalangan Wanita


Dr Mohammad merasmikan sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memfokuskan kepada wanita yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitusatau GDM) dalam usaha mengawal penyakit diabetes yang amat membimbangkan di negeri ini.

Pengarahnya, Mohammad Omar berkata, JKNT mendaftarkan sebanyak 49,947 kes diabetes bermula Januari 2011 hingga September lalu dalam Registri Diabetes Kebangsaan (NDR) dan daripada jumlah itu, 61.5 peratus adalah pesakit wanita.

Katanya, pada 2017 sehingga September, seramai 23,546 pesakit didaftarkan iaitu 14,684 pesakit diabetes wanita dan 8,862 pesakit lelaki. Ini menunjukkan peningkatan kes yang amat membimbangkan bagi kategori penyakit tidak berjangkit terutama di kalangan golongan hawa itu.

"Sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi diabetes yang boleh menyebabkan penyakit Jantung Koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan.

"Pada  2015, seramai 88 pesakit diabetes menjalani amputasi dan meningkat kepada 226 pada 2016. Sehingga September lalu, bilangannya seramai 222 orang yang berakhir dengan amputasi.

"Oleh itu, Sambutan Hari Diabetes Sedunia kali ini memfokuskan tema Wanita dan Diabetes:Kesihatan Kita, Hak Kita, Milik Kita (Women and Diabetes : Our Right To A Healthy Future) mengenai akses penjagaan dan pendidikan kesihatan yang cukup supaya wanita mampu mengawal diabetes mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,di Kuala Berang hari ini.

Menurut Mohammad, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 941 kes baru pada 2016 dan sehingga September 2017 dengan Terengganu mencatatkan seramai 627 kes baru bagi penyakit ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengadakan hari bersama Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) yang dikenali sebagai Gerakan Sihat 1Malaysia (GS1M) dalam menangani permasalahan itu bagi membantu anggota kesihatan membuat saringan tahap kesihatan dan menjalankan aktiviti ke arah cara hidup sihat.

"Di Terengganu sehingga September 2017, sebanyak 614 lokaliti Kospen berjaya diaktifkan dan seramai 3,104 sukarelawan berjaya dilatih yang terdiri dari kampung tradisi dan kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

"Sukarelawan ini akan membuat saringan kesihatan penduduk setempat dan sehingga kini 46,972 telah melalui proses tersebut manakala 20,263 daripadanya dikesan mempunyai risiko penyakit kardiovaskular.

Mohammad juga menyeru agar golongan yang berisiko tinggi seperti mempunyai sejarah keturunan yang menghidap diabetes, berlebihan berat badan,pengidap hipertensi, mempunyai tahap kolestrol yang tinggi,  mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung untuk tampil mendapatkan nasihat doktor serta menjalankan saringan kesihatan secara berkhala.

No comments: