Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JaPen Ceriakan Sesi Baru Persekolahan 73 Pelajar



Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen


Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan Program Engagement Bersama Pelajar Sekolah Angkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun, semalam.

Seramai 73 pelajar terpilih menerima barangan seperti  beg sekolah, baju, seluar, kasut dan stokin. 

Penolong Pengarah JaPen, Mazli Hamdan berkata, setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki barang serba baru semasa memasuki sesi persekolahan namun tidak semua mampu memilikinya disebabkan faktor keluarga yang kurang berkemampuan.

“Jadi inilah peranan kita untuk membantu mereka sekali gus memberi semangat kepada pelajar terutama bagi mereka yang baru memasuki Tahun Satu,” katanya.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Jongok Batu, Abd.Razak Jusoh.

Sekolah itu terpilih berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga pelajar yang kebanyakannya bekerja kampung, petani, buruh dan penoreh getah.

Dalam pada itu, hari ini JaPen akan ke SK Kampung Nail untuk menggerakkan program sama. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah sekolah angkat JaPen

No comments: