Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jangkitan HIV Di Kalangan Penagih Menurun

Kes jangkitan HIV di kalangan penagih dadah suntikan di negeri ini menunjukkan perubahan yang ketara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, semenjak implementasi Program Pengurangan Kemudaratan yang dimulakan pada 2005 di seluruh negara, kes jangkitan HIV menunjukkan penurunan yang sangat signifikan.

Katanya, untuk negeri Terengganu sendiri, pada tahun 2016 lalu hanya 68 kes daripada keseluruhan 134 kes baru HIV yang dikesan adalah daripada risiko perkongsian jarum suntikan berbanding 431 kes pada 2005 iaitu sebelum Program Pengurangan Kemudaratan dijalankan di negeri ini.

"Ini secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan program tersebut dimana sebahagian daripada pengguna dadah suntikan tidak lagi menyuntik dan telah memasuki program rawatan metadon dan sebahagian lagi walaupun masih menyuntik tetapi tidak lagi berkongsi jarum suntikan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha membanteras penularan penyakit ini yang sentiasa menjadi keutamaan.

"Walau bagaimanapun, usaha ini perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk NGO dan masyarakat,"ujarnya.




No comments: