Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jangan Sesekali Putus Asa Anakku - Ahmad Razif


Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberi kata-kata semangat kepada pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa.

Fatehah dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada final keirin di siri kedua Piala Dunia yang berlangsung di Manchester awal pagi tadi.

Memetik dalam akaun Twitter, Ahmad Razif turut mendoakan agar Fatehah cepat sembuh selepas terbabit dalam kemalangan tersebut.

"Jangan sesekali putus asa, anakku. Kejayaan tidak datang bergolek. Doa saya sentiasa mengiringi Fatehah," katanya.

Susulan kejadian tersebut, Fatehah dibatalkan penyertaannya pada final keirin siri kedua Piala Dunia kerana didakwa menjadi punca kejadian pelanggaran itu di Manchaster, United Kingdom.


Fatehah kemudiannya dilihat bangkit meneruskan kayuhan ke garisan penamat mendapat tepukan gemuruh penonton.

No comments: