Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peluang Anak Terengganu Tonjol Bakat, Keterampilan Diri Pada 18 November Ini

Tun Ahmad Faisal

Rakyat terengganu yang mahu mencuba nasib bagi menonjolkan bakat dan keterampilan diri untuk  mewakili Terengganu boleh menyertai Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.

Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata sepanjang larian sejauh 5 kilometer tersebut berlangsung, uji bakat terbuka akan diadakan bagi memilih 10 peserta bagi mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat  akhir.

"10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain.

"Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.

Dalam program tersebut sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma kepada peserta yang mendaftarkan diri dengan 1,000 helai daripada 100 plus manakala 2,000 helai lagi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Tun Ahmad Faisal berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan  'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas.

"Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'.

"Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu.

"Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.

Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.

Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan juga dijemput di majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

No comments: