Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu

Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Pemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya dengan membuka syarikat baharu Selesa Transit Sdn Bhd membabitkan pelaburan awal berjumlah hampir RM4 juta.

Laili yang juga Pengarah Urusan bagi kedua-dua syarikat itu berkata, Selesa Transit Sdn Bhd akan bertanggungjawab sebagai pengendali perkhidmatan bas ekspres Darul Iman Xpress yang berpangkalan di Terengganu.

Katanya, untuk permulaan  perkhidmatan Darul Iman Xpress beroperasi dengan dua  bas melibatkan laluan Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Shah Alam, Klang dan Kajang dan sebaliknya.

“Perkhidmatan bas ini mempunyai beberapa kelebihan dan tarikan tersendiri antaranya tahap kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam.

"Kita sentiasa mengambil kira aspek keselamatan  penumpang, jadi had kelajuan ditetapkan hanya 90 kilometer sejam dan kelajuan bas ini akan dipantau atau dikawal oleh petugas di bilik operasi kami," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Darul Iman Express  di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir merasmikan majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.

Menurut Laili,  bas Darul Iman Express yang mempunyai 45 kerusi itu juga bukan sahaja dikendalikan semua pemandu muda yang berpengalaman dan terlatih malah mereka juga dipastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bersedia memberi layanan terbaik kepada penumpang.

"Kita sentiasa mementingkan keselamatan serta keselesaan penumpang dan atas sebab itulah, setiap bas baharu yang kita beli hanya perlu beroperasi selama lima tahun, selepas itu kenderaan ini akan dijual untuk kita beli bas baharu dan begitulah seterusnya," tambahnya.


No comments: