Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bomba Nasihat Pindah Tanpa Perlu Tunggu Arahan- Azlimin



Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan banjir segera berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan demi keselamatan diri masing-masing.

Pengarahnya, Azlimin Mat Nor berkata, ini bagi menggelakkan berlakunya  masalah mangsa terkandas di kediaman masing-masing sekiranya banjir semakin buruk dan meningkatkan risiko keselamatan terutama pada waktu malam.

Jelas beliau lagi, pihaknya tetap bersedia menyelamatkan mangsa walaupun terpaksa menghadapi risiko tinggi seperti arus deras, kayu hanyut dan cuaca yang tidak menentu.

"Situasi banjir terkini di Negeri Terengganu menunjukkan peningkatan mangsa banjir di dua daerah utama iaitu Hulu Terengganu dan Besut, justeru itu pihak kami ingin memastikan keselamatan mangsa terjamin.

"Saya juga ingin nasihatkan kepada ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak-anak mereka, jangan biarkan terlalu bebas bermain air banjir tanpa pemantauan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit sempena lawatan Menteri Besar ke pusat pemindahan itu,hari ini.



Setakat ini, bomba mempunyai kekuatan lebih 1,200 anggota bagi menghadapi situasi banjir di seluruh Terengganu.

No comments: