Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bengkel Operasi Ukom Mantap Gerak Kerja Menjelang PRU14

Sebahagian kakitangan Ukom ketika mengikuti bengkel operasi di Quinara Al-Safir Resort. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) baru-baru ini menganjurkan bengkel operasi untuk memantapkan gerak kerja kakitangan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat berkata, penganjurannya bertujuan memperkemaskan lagi fungsi dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap bahagian selain memperkasa imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media serta penggunaan teknologi maklumat.

“Peranan kakitangan Ukom khususnya bahagian penerbitan, audio visual serta seranta amat berpengaruh bagi memberi info dan sebaran berita yang tepat untuk rakyat apatah lagi menjelang PRU14 supaya dapat membantu kemenangan Kerajaan Barisan Nasional mempertahankan pentadbiran sedia ada.

"Kita yakin dan percaya kelangsungan pemerintahan kerajaan banyak dipengaruhi oleh pengaruh media massa kerana dapat mencorak pemikiran rakyat menerusi maklumat yang cepat, tepat dan terkini,"katanya ketika berucap merasmikan bengkel tersebut di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.

Muda yang juga merangkap Pengerusi Biro Penaziran UMNO Terengganu mengharapkan kakitangan Ukom saling membantu dan berkerjasama bagi memastikan segala gerak kerja diatur berjalan lancar.

“Selain dapat membantu kerajaan negeri menyalurkan informasi dan memperkukuhkan hubungan masyarakat serta menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan dengan berkesan, Ukom perlu setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan dengan rakyat terutamanya menjelang musim PRU-14,” ujarnya.

Beliau juga mahu Ukom sentiasa di hadapan dan menguasai penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat berikutan pada masa kini banyak info dan sebarang isu lebih berpengaruh serta ditular menerusi pelbagai medium media sosial seperti portal, blog, facebook, twitter dan instagram.

No comments: