Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

APM Hulu Bawa Guru, Pelajar SPM Terkandas



Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu melancarkan operasi membawa empat guru pengawas peperiksaan bersama kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dua calon pelajar SPM yang terkandas di rumah akibat banjir, hari ini.

Dua calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jenderis yang terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit tidak dapat ke sekolah akibat  laluan utama dinaiki air dan terputus hubungan hampir satu meter.


Pelajar berkenaan, Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan antara 12 calon yang akan mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal, hari ini.

Turut bersama dalam operasi pagi ini, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)  Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt. (PA) Sansuri Yaakob.

Sansuri berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada PPD pada jam 9.02 malam tadi berhubung masalah pelajar yang terkandas termasuk empat guru pengawas bersama kertas soalan SPM berkenaan.


"Setelah itu, pihak kami membuat tinjauan laluan yang boleh dilalui pada jam 2 hingga 3 pagi, pada mulanya laluan Kepah dipilih, bagaimanapun terpaksa diubah saat akhir menggunakan laluan Kuala Pueh kerana paras air semakin naik di situ dan merbahaya .

"Alhamdulillah misi kami berjaya pada pagi ini dan setakat ini cuaca masih mendung di Hulu Terengganu dan hujan turun renyai-renyai,"katanya.

No comments: