Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ahli Panel Lawat Homestay Teluk Ketapang


Tiga ahli panel dari Majlis Penilai Akhir Anugerah Pelancongan Malaysia Peringkat Kebangsaan melawat Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus bagi menilai sesi akhir penganugerahan inap desa itu, di Balai Raya Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, semalam.
Panel dari Tourism Malaysia dibarisi Datuk Mohd Azmi Razak, Abdullah Sidek dan Abdul Rauf Abu Hassan itu tiba kira-kira jam 8 pagi.
Majlis turut dihadiri seramai kira-kira 70 penduduk setempat hadir untuk memeriahkan sesi penilai akhir anugerah itu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) Teluk Ketapang, Zulaini Mohd berkata, pertandingan yang diadakan setiap tahun itu pernah dimenangi lima tahun lalu.
"Lima tahun lalu kami pernah memenangi pertandingan kategori ini dan berehat kerana tidak dibenarkan bertanding sehingga tahun ini kami bertanding kembali," katanya.
Menurutnya, kriteria homestay menjadi pilihan pada pertandingan kali ini walaupun pelbagai kriteria lain turut dipertandingkan.
"Selain mahu menang bertanding, pihak kami juga mengharapkan homestay ini dapat diperkenalkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang datang sempena Tahun Melawat Terengganu.
"Sempena majlis ini pelbagai demo makanan tradisional diadakan seperti ikan celup tepung, keropok lekor, lempeng kelapa dan kuih qasidah, selain memperkenalkan rumah ala kampung dan cara pembuatan kuih jala," katanya.
Turut membantu melancarkan majlis ini antaranya amanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS), J3k dan Puteri UMNO.
Zulaini berharap Kampung Teluk Ketapang berjaya dan terkenal seluruh Malaysia agar 'Tourist International Village' tercapai dan sekali gus dapat meningkatkan pendapatann penduduk kampung.
"Antara perubahan pada pertandingan tahun ini ialah, menyusun semula program kampung dan akan memasukkan Anugerah Kecemerlang Industri anjuran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), selain semua pertandingan yang ada pada masa depan," katanya.

No comments: