Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ADUN Pengkalan Berangan Biayai Kos Pengurusan Jenazah Empat Sekeluarga


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang menzahirkan rasa dukacitanya terhadap tragedi empat bersaudara yang terkorban dalam kemalangan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin, petang semalam.

Beliau yang kini berada di Jerman atas urusan kerja turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya telah mewakilkan pegawai khas saya untuk menziarahi keluarga mangsa bersama-sama dengan Pengerusi JKKK dan wakil daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, malam tadi.

“Berita mengenai kemalangan ini amat menyedihkan. Takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi ujian Ilahi. InsyaAllah, segala perbelanjaan untuk pengurusan jenazah akan kita tanggung,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

A.Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan selepas waktu Zohor, hari ini.


Menurut laporan sebuah akhbar, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang semalam itu, Mhd Sari Muda, 52, isteri, Mizah Mamat, 56, dan anak perempuannya, Saerah Saari, 18, serta anak saudara mereka, Nur Adibah Ramli, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kereta Proton Saga Aeroback dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah bas persiaran di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhadapan Penjara Marang.

Sebelum kejadian, kereta dinaiki Mhd Sari dan tiga ahli keluarganya itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jerung Surau, Marang daripada menghadiri kenduri perkahwinan di Kerteh, Kemaman.

Manakala bas persiaran yang membawa rombongan murid sekolah rendah terbabit pula dikatakan dalam perjalanan pulang ke Cherating, Kuantan dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.

No comments: