Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Adakan Aktiviti di Pusat Pemindahan Banjir-Ahmad Razif


Selain membantu mangsa banjir di pusat pemindahan menerusi penyediaan penginapan, makan dan minum, jabatan bertanggungjawab diminta untuk melaksanakan aktiviti yang mampu menceriakan serta memberi motivasi kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hasil lawatan ke beberapa pusat pemindahan di negeri ini, beliau berpuas hati dengan gerak kerja dan perkhidmatan yang diberikan kepada mangsa banjir.

“Cuma dalam Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tadi, kita memutuskan untuk dilaksanakan segera program dan aktiviti di pusat pemindahan banjir kerana ianya sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekalkan 'Gold Standard' agar 'Templat Kemaman Siapsiaga' yang menjadi ikutan dalam menguruskan bencana dapat diterjemahkan dengan berkesan.

Peruntukan segera juga akan disalurkan untuk buat aktiviti dan program di pusat pemindahan terlibat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, jabatan seperti KEMAS, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, JASA, Pejabat Agama mungkin boleh mengadakan aktiviti seperti bacaan yasin, permainan untuk kanak-kanak serta menugaskan kaunselor untuk bantu mangsa banjir yang tertekan dan sebagainya.

No comments: