Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

8,703 Kanak-Kanak Tadika Seluruh Terengganu Khatam Al-Quran Tahun Ini


Terengganu meneruskan kesinambungan melahirkan generasi yang celik al-Quran sejak kecil yang bermula pada 2005, apabila seramai 8,703 kanak-kanak tadika khatam al-Quran sempena Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri komited menjadi pemangkin melahirkan generasi mencintai al-Quran dan memajukan pembelajaran anak negeri ini melalui sistem pendidikan al-Quran  dengan menyediakan peruntukan yang besar saban tahun.


Katanya, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan tahun ini termasuk RM500,000 diperuntukkan untuk majlis khatam bagi zon Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.

"Kerajaan negeri amat menekankan kepada pendidikan awal al-Quran kepada anak Terengganu supaya mereka mempunyai asas pendidikan al-Quran yang baik, memudahkan mereka mendalami ilmu al-Quran, pembacaan al-Quran sedari kecil untuk manfaat pada masa akan datang. Ini matlamat kerajaan negeri Terengganu.

"Walaupun program tahunan khatam dan pintar al-Quran ini melibatkan belanja yang besar, impaknya anak Terengganu dapat dibentuk akhlak dan akal budinya pada masa akan datang, sekali gus membantu meningkatkan kualiti modal insan di masa akan datang serta indeks jenayah negeri juga rendah disebabkan pendidikan agama dan penghayatan al-Quran yang disemai dengan baik dalam diri anak-anak,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatam Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 Zon 1 (Kuala Terengganu dan Kuala Nerus), mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Program serentak seluruh Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (1,202 orang) dan Kuala Nerus (1,200), manakala di Marang (857), Hulu Terengganu (839), Setiu (675), Besut (1,552), Dungun (1,080) dan Kemaman membabitkan 1,298 orang kanak-kanak.

Mereka  terdiri daripada kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNINT).

Ghazali berkata, budaya membaca al-Quran mampu memberi mukjizat dalam kehidupan tanpa kita sedari. 

"Kepada ibu bapa jangan kita mengabaikan pendidikan berteraskan al-Quran kerana mampu membentuk sahsiah yang baik dalam jiwa anak-anak. tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada guru semata-mata. 

"Ibu bapa mesti menanganinya dengan penuh rasa tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang dimulakan oleh para guru,"katanya.

Menurutnya, asas yang disemai oleh guru-guru perlu dipupuk dan disuburkan lagi oleh ibu bapa agar kanak-kanak ini terus mekar membuadaya tradisi membaca dalam kehidupannya.


No comments: