Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

25 Pengkalan Hadapan Setiu Sedia Hadapi Banjir

Mohd Khairul meninjau kelengkapan harian di pangkalan hadapan banjir di Daerah Setiu. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu mengagihkan bekalan makanan dan kelengkapan harian di semua pangkalan hadapan daerah sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim ini.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Setiu, Mohd Khairul Azhar Mat Jurit berkata, bekalan itu dihantar di 25 pangkalan hadapan itu sejak Oktober lalu untuk mangsa banjir yang bakal ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.
"Bekalan yang dihantar cukup untuk tempoh tiga hari bagi permulaannya dan akan menambah bekalan seterusnya dari semasa ke semasa mengikut keperluan di pusat-pusat pemindahan daerah ini.
"Bekalan yang dihantar meliputi bekalan makanan seperti minyak masak, gula, sardin, serbuk kopi, teh, beras, bihun dan banyak lagi," katanya.
Selain itu, katanya, keperluan harian lain ialah ubat gigi, lampin pakai buang, selimut tebal, kain selimut, tikar, tuala dan khemah dihantar ke pangkalan hadapan itu.
Mohd Khairul berkata, terdapat empat pusat penyimpanan stok bekalan itu, selain di JKM daerah itu iaitu di Rumah Rehat Setiu, Mini Depo JKM dan Sekolah Kebangsaan Sri Langkap.
"JKM Setiu sudah bersedia 100 peratus dalam menghadapi musibah banjir yang sering melanda daerah itu setiap tahun.
"Persiapan dari segi sukarelawan juga telah bersiap siaga dengan diberi taklimat persediaan banjir kepada 25 sukarelawan JKM termasuk seorang pegawai kaunselor," katanya.

No comments: