Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma


Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua peserta yang dipilih dari institusi dan pusat warga emas di Besut, Marang dan Dungun  menerusi  kendalian pasukan Klinik Pergigian Bergerak.

Katanya, klinik berkenaan akan turun padang menemui warga emas terbabit menerusi program khidmat masyarakat yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dan uzur.

"Kita melaksanakan program khidmat sosial yang melibatkan bantuan kewangan berjumlah RM21,000.


“Sebagai permulaan 11 penghuni di rumah Warga Emas Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, menerima gigi palsu terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Touch Point 'Critical Health Intervention For Rakyat Cabinet Away Day 2017 - Denture For The Elderly' di Rumah Warga Tua Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, baru-baru ini.

Mohammad berkata, jabatan juga akan memberi perkhidmatan pembedahan katarak secara percuma kepada 2,416 pesakit berkenaan.

Beliau berkata, kos pembuatan bagi sepasang gigi palsu adalah antara RM500 hingga RM600 jika dibuat di klinik swasta.

“Bagaimanapun di klinik kesihatan kerajaan caj yang dikenakan hanya sekitar RM100 bagi sepasang gigi palsu,” katanya.

No comments: