Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

15,000 Pelajar KAFA Khatam Al-Quran Serentak

Ahmad Razif menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar. Foto Zukipli C W Putra

Seramai 15,000 pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) membabitkan lapan daerah di Terengganu selesai khatam al-Quran secara serentak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencatatkan bilangan 4,958 pelajar, diikuti Setiu (2,179 pelajar), Kemaman (1,906 pelajar), Besut (1,746 pelajar), Hulu Terengganu (1,741 pelajar).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang merasmikan majlis di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu sempat mengadakan sidang video bersama perasmi-perasmi majlis yang sama di daerah-daerah berkenaan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Pengarah Pembangunan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad, Pengarah YT, Dato’ Dr. Alias Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafrudin Ali Hussin.

Ahmad Razif berkata, pihaknya bangga dengan kesedaran yang ditunjukkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikuti pengajian di kelas KAFA. Ini dapat dilihat kepada penambahan pelajar KAFA setiap tahun.


“Pada tahun ini, jumlah pelajar yang mengikut kelas KAFA telah meningkat kepada 74,856 orang yang mengikuti pengajian di 389 pusat pendidikan membabitkan  3,138  kelas,”katanya. 

No comments: