Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,400 Peserta Meriahkan Kayuhan Hari Komuniti Bandar Hijau


Lebih 1,400 peserta memeriahkan program berbasikal sempena Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Daerah Besut (MDB), hari ini.

Program bermula di Dataran Kota Putera Square, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dan Yang Dipertua MDB, Rashid Jusoh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut melakukan upacara pelepasan peserta.

Rashid berkata, program itu antara lain bertujuan memperluaskan aktiviti berbasikal di kalangan masyarakat terutama golongan remaja.



Katanya, program itu mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah ia turut disertai oleh peserta dari Kelantan.

Beliau berkata, kayuhan sejauh 34 kilometer itu sebagai suatu kegiatan riadah ke arah membudayakan gaya hidup cergas.

Selain itu, katanya, aktiviti seumpama itu juga dapat memperkenalkan beberapa lokasi menarik daerah berkenaan kepada pengunjung luar.

“Program kayuhan itu juga bagi menyemai kecintaan masyarakat terhadap keindahan persekitaran danbersama menjaga kebersihan,” katanya.


Rashid berkata, pihak penganjur menyediakan hadiah bernilai RM58,000 termasuk cabutan bertuah kepada pemenang dan peserta yang bernasib baik.

No comments: