Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

YDSM, MSO Anjur Program Hari Penglihatan Sedunia 2017


Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Eloklah kita menjaganya dengan sehabis baik bagi memastikan penglihatan mata kita terpelihara hingga akhir hayat, agar dapat kita melihat wajah orang-orang tersayang, melihat kebesaran Tuhan melalui kehebatan alam ini, serta menggunakan kedua-dua mata untuk kebaikan.
Justeru Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) meneruskan program khidmat masyarakatnya menganjurkan Program Hari Penglihatan Sedunia 2017 (“World Sight Day 2017”) , program kerjasama Malaysian Society Ophthalmologist (MSO) pada 14 dan 15 Oktober ini di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Ia memberi fokus kepada penyaringan dan rawatan mata untuk golongan miskin di Terengganu dengan sasaran penglibatan seramai 1,000 golongan tersebut yang mempunyai masalah berkaitan mata.
Menurut sumber YDSM, antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata secara percuma oleh kira-kira 15 Doktor Pakar Mata dari MSO, di samping 17 orang Optometrist dari Persatuan Optometrist Malaysia (AMO).
Lain-lain aktiviti yang diselitkan ialah khidmat nasihat guaman percuma kerjasama YDSM dan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, juala dan pameran serta kaunter khidmat pelanggan PTPTN serta BSN.
Menurut sumber itu lagi, pada 14 Oktober (Sabtu), program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, manakala pada 15 Oktober (Ahad) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari/petang.

No comments: