Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Warisan Masyarakat Jambi Di Pasir Gajah


Struktur binaan masjid Engku Haji Mahmud, Kampung Pasir Gajah, Kemaman terasa bagaikan berada di Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama dan reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera serta berbumbung limas bungkus berkonsepkan bentuk bumbung lama di negara itu.

Melihat masjid serta rumah lama yang dikenali sebagai Rumah Jambi, membuatkan ramai yang ingin menyelongkar sejarah kedua-dua struktur binaan yang kini menjadi sebahagian lokasi sejarah yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah, Badrul Hisyam Jusoh berkata, struktur atapnya diperbuat daripada genting dari Malabar dan India.

"Pada bahagian atas bumbungnya pula dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas.

"Bersebelahan masjid itu terdapat Rumah Jambi yang satu ketika dahulu diduduki oleh seorang pelarian yang berasal dari Jambi dan rumah tersebut merupakan satu-satunya binaan selain masjid yang menggunakan reka bentuk limas bungkus atau perabung lima dan dibina menghadap kiblat," katanya.

Menurut Badrul, Masjid Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah dibina pada 1938 oleh sekumpulan orang Jambi, Indonesia yang belayar hingga ke Kemaman untuk mencari tempat perlindungan.


Menurutnya, kisahnya bermula apabila sekumpulan orang Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914.

Badrul berkata, pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan menerusi jalan darat dan air diketuai oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar melalui pelbagai rintangan sehingga seorang anak raja Jambi meninggal dunia di hutan akibat sakit dan terpaksa menghentikan perjalanan seketika bagi menghormati pemergiannya itu.

Beliau berkata, kesukaran perjalanan yang ditanggung berbaloi apabila kedatangan mereka ke Kemaman untuk mencari penempatan disambut baik oleh Pegawai Daerah Kemaman ketika itu iaitu, Haji Abdul Rahman Limbong yang mewakili Sultan Sulaiman yang turut membenarkan mencari  penempatan baru.

"Bermula dari situ, orang Jambi tersebut mula mencari penempatan dan kawasan mula-mula dituju adalah Dungun sehingga sampai ke Kuala Jengai dan Kuala Berang, namun masih tidak menemui kawasan sesuai sehinggalah kembali semula ke Kemaman.

"Akhirnya Engku Mahmud berjaya membuka sebuah perkampungan yang dinamakan Pasir Gajah kerana terlalu banyak gajah yang berendam di sungai berhampiran kampung tersebut ketika itu," katanya.


Demikian kisah yang diceritakan oleh cucu saudara Engku Mahmud, Che Wan Muda Che Wan Su,73, yang diamanahkan untuk menjaga kedua-dua binaan sejarah itu sejak dulu lagi.


Tambah Che Wan lagi, dia sering melihat kelibat Engku Mahmud di sekitar kawasan tersebut dengan berpakaian jubah putih dan berserban di tangga rumahnya.

"Rumah berkenaan sudah lama ditinggalkan selepas mereka mengambil keputusan berhijrah ke Selangor.

 "Selepas ditinggalkan lima tahun lalu, pihak Muzium Negeri mengambil alih rumah tersebut dengan membaik pulih struktur binaannya bagi mengelakkan ia rosak dan musnah," katanya.

No comments: