Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Warga Emas Uzur Bersyukur Terima Bantuan Rumah Baharu

A.Latiff (tengah) menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada Kelsom ketika menziarahi warga emas itu di Kampung Batu Kelikir, Marang. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.

Kehidupan seorang warga emas di Kampung Batu Kelikir, Marang yang mendiami rumah pusaka yang uzur dengan atap bocor serta dinding berlubang dan reput, kini berubah apabila dibantu pemimpin setempat.

Jika sebelum ini, Kelsom Salleh, 93, tidak mempunyai pilihan lain kerana kedaifan hidup  menghalangnya daripada memiliki sebuah rumah yang lebih baik dan terpaksa mendiami rumah usang peninggalan arwah suaminya itu dengan ditemani anaknya, Saadiah Mat Adam,80.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang membawa berita gembira apabila meluluskan pembinaan rumah baharu menerusi Program Cakna @ Komuniti.

Cucunya, Ngah Ismail, 58, yang mewakili neneknya yang sakit tua berkata  dan kadang kala tidak boleh bertutur dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang membantu neneknya itu.

“Terima kasih juga kepada yang terlibat meroboh dan membina rumah baru untuk tok, InsyaAllah rumah baru nanti akan beri lebih keselesaan kepadanya.

“Sebelum ini, jika hari hujan atap akan bocor, emak yang menjaga tok terpaksa memindahkan tok ke tempat yang lebih selamat,” ujarnya kepada Teganukita pada program ziarah dan tinjauan kerja-kerja meroboh rumah oleh A.Latiff di Kampung Batu Kelikir, Marang, semalam.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.


Pembinaan kediaman baharu untuk Kelsom yang bernilai RM18,000 itu menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), iaitu pengli­batan semua peringkat termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Para sukarelawan terdiri daripada anggota RELA, Giat Mara, JKKK dan juga komuniti setempat bergotong-royong meroboh dan membina rumah baru di tapak asal kediaman warga emas itu.

Sementara menanti rumah baharu siap, Kelsom dan Saadiah akan tinggal buat sementara waktu di rumah Ngah yang terletak bersebelahan rumah pusaka itu.

No comments: