Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Usaha Hantar 50 Sukarelawan Ke Bangladesh Di Peringat Perbincangan


Hasrat kerajaan negeri untuk menghantar skuad Sukarelawan TTB (STTB) ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya masih di peringkat perbincangan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, STTB masih melakukan rundingan bersama MERCY Malaysia dan Wisma Putra bagi memperincikan perkara itu.

Katanya, buat masa ini,  kerajaan negeri masih belum dapat memberi komitmen dan kata putus sama ada dapat menghantar 50 orang daripada skuad STTB ke Bangladesh sebagaimana perancangan terdahulu.

"Kita sedang menunggu kata putus daripada pihak MERCY dan Wisma Putra untuk kita melaksanakan misi ini kerana ia melibatkan keselamatan dan hubungan antarabangsa.

"Ini bergantung kepada keputusan mereka kerana permohonan ini kita minta dengan Kerajaan Bangladesh untuk bawa masuk..Saya yakin perkara ini bukan suatu yang mudah," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' Peringkat Perantau Lembah Kelang, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Ketua Urusetia Tabung Terengganu For Rohingya Samiun Salleh dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu (Pesat, Mohd Sham Aziz Ismail.

Kerajaan negeri secara rasmi melancarkan Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' bermula pada 19 September lalu.

Sehingga hari ini, nilai kutipan yang sudah diterima melebihi RM600,000.

No comments: