Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA

Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin.

Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Kuala Terengganu, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, sebagai sebuah syarikat GLC milik kerajaan negeri, TI terpanggil untuk membantu bagi menambah dana pembangunan masjid berkenaan melalui inisiatif tanggungjawab korporat (CR).

Katanya, sumbangan itu diharap dapat mempercepatkan pembinaan masjid untuk digunakan dengan segera oleh pelajar-pelajar SMASZA dan komuniti setempat.

"Sumbangan moga menjadi pemangkin syarikat-syarikat korporat yang lain untuk turut sama menyumbang kepada tabung pembangunan Masjid Al-Muttaqin ini.

"Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah orang Islam tetapi merupakan lambang kepada perkembangan syiar Islam. Melalui masjid, Rasullullah s.a.w membina masyarakat, menyebarkan ilmu dan melahirkan ahli suffah di seluruh dunia," katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Pembangunan Tabung Pembangunan Masjid al-Muttaqin di SMASZA, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Timbalan Pesuruhjaya (Kewangan dan Pengurusan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Azhar Jusoh.

SMASZA merupakan sekolah agama yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah memulakan operasi pada tahun 1925 dan merupakan antara sekolah agama terawal ditubuhkan pada ketika itu.

Berikutan pertambahan pelajar saban tahun, SMASZA telah memulakan inisiatif bagi membina sebuah masjid yang boleh menampung 850 orang sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 878 meter persegi.

Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA diwujudkan bagi membantu pengumpulan dana bagi pembinaan masjid berikutan kekurangan dana sejak ia mula dibina pada 2016.

Selain daripada TI, sekolah tersebut turut menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat persendirian dan individu lain.

Di majlis tersebut, sekolah berkenaan juga menerima RM50,000 sumbangan syarikat milik persendirian dan RM20,000 dari Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang menjadikan keseluruhan sebanyak RM270,000.

No comments: