Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tabung Untuk Rohingya RM2.2 Juta, Lepasi Sasaran Awal

Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Rozi untuk diserahkan kepada Tabung Rohingya bagi membantu etnik yang sedang tertindas itu. Foto Harish Fadzillah Kassim


Usaha kerajaan negeri mewujudkan Tabung Terengganu Untuk Rohingya - Sekampit Beras Untuk Rohingya sejak September lalu berjaya mengumpul melepasi sasaran, hampir RM2.2 juta  berbanding sasaran awal hanya RM1 juta.  

Tabung hasil cetusan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi membantu etnik yang sedang tertindas di negara sendiri itu, merekodkan sumbangan dan kutipan yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak.

Antara penyumbang terbesar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (RM1 juta), masjid dan surau seluruh Terengganu (RM391,000), Majlis Daerah Besut (RM34,000), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (RM30,000) dan Kelab India Negeri Terengganu pula menyumbang RM10,000.   

Ahmad Razif berkata, dana yang dikutip itu akan digunakan untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada ratusan ribu pelarian Islam Rohingya di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh.


Katanya, penubuhan tabung adalah atas dasar keprihatinan dan sifat kemanusiaan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di 68 pusat pelarian yang menjadi mangsa penindasan di negara sendiri.

"Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat merangkap ketua sukarelawan sekretariat yang akan ke Bangladesh untuk melihat sendiri penderitaan mereka dan cuba membantu serta menyampaikan sumbangan yang diperoleh.

”Kami sedang menunggu kelulusan daripada Wisma Putra kerana untuk ke Cox's Bazar bukan mudah. Ia membabitkan soal keselamatan," katanya selepas Malam Terengganu Untuk Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis yang berjaya menarik lebih 5,000 hadirin itu menampilkan penyanyi lagu ketuhanan terkenal dari Indonesia, Opick.

Malah, Ahmad Razif turut menunjukkan bakat mendeklamasikan sajak bertajuk 'Mereka Yang Ku Lihat Asing Di Tanah Sendiri'.


Ahmad Razif turut memberitahu,  buat masa ini kerajaan negeri belum lagi menentukan jumlah sukarelawan yang akan ke kem berkenaan.

"Kita akan dapatkan maklumat daripada Mercy Malaysia untuk melihat apa keperluan yang perlu dibawa ke sana, baik dari segi kesihatan atau sumber lain.

"Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan Mercy Malaysia bentuk bantuan terbaik sama ada penyerahan wang tunai atau berbentuk barangan," katanya.

dalam pada itu, orang ramai masih boleh terus menyampaikan sumbangan untuk Tabung Rohingya Terengganu sehingga kerajaan negeri mengumumkan kutipan tabung itu ditutup kelak.


No comments: