Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Terengganu Dijadual Berangkat Ke Kolokium Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 22 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia itu bakal menghimpunkan cendiakawan Islam dalam semua bidang dan kepakaran masing-masing bagi membicarakan tentang kemaslahatan di kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

Katanya, kolokium yang menyasarkan seramai 2,500 peserta daripada pelbagai agensi itu antara lainnya bertujuan memberi pendedahan secara eksklusif kepada peserta mengenai peranan dan kedudukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya.

Ghazali berkata, selain para ilmuwan Islam dalam negara, pakar-pakar yang diundang untuk membicarakan dan mengupas isu-isu serta permasalahan semasa termasuk para ilmuwan dari Brunei dan Indonesia.

“Antaranya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Wan Zahidi Wan Teh yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia: Sumbangan dan Cabaran Masa Kini.

“Sementara Prof. Dr. Sudirman M. Johan dari Universiti Sultan Syarif Kasim II, Pekan Baru, Indonesia pula akan membincangkan mengenai Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah : Sumbangan Kearifannya di Asia Tenggara,” ujarnya.

No comments: