Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sokong MB Ilhamkan Bina Litar Lumba



Pembukaan Litar Lumba Pemotoran Terengganu pada pada April lalu ternyata dapat mengurangkan gejala rempit khususnya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Malam kelmarin, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sekali lagi berkunjung ke litar berhampiran Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus untuk bertemu dan berbual dengan anak muda serta melihat aksi perlumbaan mereka.
Kunjungan itu ternyata menggembirakan golongan itu kerana dapat bersama dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab mengilhamkan sebuah litar pemotoran yang lebih selamat dan terjamin untuk mereka berlumba.
"Alhamdulillah, masalah mat rempit di jalan raya berjaya dikurangkan memandangkan litar lumba ini dapat memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai," kata Ahmad Razif yang dipetik melalui laman Facebook beliau.
Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri membina litar pemotoran itu kerana ia dapat mengurangkan gejala mat rempit.

"Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri terengganu dibawa kepimpinan YAB Menteri Besar sekarang kerana berjaya mewujudkan satu pusat atau litar lumba Terenggaanu ini bagi mengatasi golongan ini menggunakan jalan raya untuk tujuan berlumba.
"Sekurang-kurang inilah usaha murni kerajaan bagi melihat generasi muda dapat mengadakan aktiviti secara sihat dan berdisiplin," katanya.
Sementara itu seorang pesara dari Kertih Kemaman, Muhammad @ Roslan Zakaria berkata, keperihatinan Menteri Besar, Ahmad Razif yang begitu cakna dengan orang muda dengan memberi idea membangunkan sebuah litar pemotoran seharusnya disambut baik semua pihak.
"Ternyata pembinaan litar tu dapat mengurangkan jumlah mat rempit yang menggunakan jalan raya sebagai litar lumba dan ini sekaligus dapat mengurangkan jumlah kemalangan kerana litar yang disediakan itu adalah selamat," katanya.
Sementara itu, seorang pemuda, Mohd Amirul Asjad Fadzlee, 23 dari Chukai, Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil inisiatif dan tidak memandang remeh isu lumba haram dengan membina sebuah litar lumba permotoran khas itu di Gong Badak.
Litar seluas 2.4 hektar mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.

No comments: