Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RTES Bolot Keseluruhan Hadiah Sultan Mizan Cup 2017

RTES berjaya merangkul kesemua hadiah pada Kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mengungguli kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 yang berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu.

Kejohanan yang berakhir hari ini menyaksikan RTES membolot kesemua hadiah bagi kategori 120 kilometer dalam acara individu, kumpulan dan kuda terbaik.

Bagi acara individu, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Bulkhari Rozali dari RTES dengan catatan masa terbaiknya  6:12:32.

Dengan catatan masa tersebut, beliau memecahkan rekod masa terbaik yang pernah dilakukannya pada 2014 iaitu 6:16:24.

Kemenangan tersebut membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, piala iringan, medal, jam tangan dan pelana kuda.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Bheom Seo dan Asri Abd Aziz yang juga dari RTES dengan catatan masa masing-masing 7:40:02 dan 7:40:26.

Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 serta piala iringan, medal dan jam tangan.


Menurut Bulkhari, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kuda yang ditungganginya, RTES Annaversary untuk muncul sebagai juara individu.

Namun demikian, katanya, tidak mustahil jika kuda tersebut tidak mampu untuk menamatkan perlumbaan jika terdapat sebarang masalah.

Katanya, keadaan cuaca yang hujan bokeh menyebabkan  kuda sukar dikawal dan dia berusaha menenangkannya sepanjang perlumbaan.

"Tetapi apabila keadaan hujan, laluan ini akan menjadi rosak apabila air mulai bertakung dan menjadikannya sedikit licin.

"Jadi saya kena lebih banyak berjaga-jaga dengan laluan tersebut," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.


Penyampaian hadiah dilakukan oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan turut disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Bagi acara kumpulan pula, RTES A yang dianggotai Bulkhari, Bheom, Asri dan Shahrul Affendy Ahmad dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa keseluruhan 21 jam 33 minit.

Tempat kedua pula menjadi milik RTES B yang dianggotai oleh Datuk Sri Sharifuddin Ab Ghani, Hairie Alias, Mohd Yunus Abdullah dan Mohd Baharudin Ab Rahman dengan catatan masa 28:01:04.

Tempat pertama bagi acara kumpulan membawa pulang RM20,000, piala dan medal manakala tempat kedua pula membawa pulang RM15,000, piala dan medal.

Keadaan Kuda Terbaik pula dimenangi oleh kuda yang ditunggani Bulkhari, RTES Annaversary sekali gus melayakkannya membawa pulang RM25,000, piala dan pelana kuda.

No comments: