Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rhinos Juara Tarik Tali Kebangsaan

Rhinos dari Sabah muncul sebagai juara Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan buat kali ketiga berturut. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kumpulan dari Sabah, Rhinos muncul juara keseluruhan Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.

Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah, Androd Sadian berkata, beliau amat bersyukur apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Bawah 23 dan Terbuka Awam.

Katanya, skuad yang disertai oleh 25 peserta termasuk lima pegawai pengiring muncul juara peringkat kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.

Androd

"Kami sangat gembira kerana usaha dan pengorbanan skuad untuk mencapai sasaran sebagai johan untuk kedua-dua kategori berhasil.

"Resepinya mudah iaitu mesti terus berlatih. Tiada hari tanpa latihan. Itu adalah rahsia kejayaan skuad Rhinos," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.


Bagi kategori Bawah 23, johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan medal.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Tebuan Tanah dan ketiga Red Giants.

Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta piala serta medal.

Manakala bagi kategori Terbuka Awam pula, johan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan medal.

Dalam kategori tersebut, pasukan dari Kuala Lumpur, DBKL dan Jerung KL masing-masing muncul sebagai naib johan serta tempat ketiga.

Pasukan berkenaan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan RM2,000 berserta piala dan medal.

No comments: