Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri


Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hasil permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui kerjasama itu, seramai 21 Pegawai Tadbir Negeri akan menjayakan projek perintis bagi mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang ditawarkan UniSZA.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memberi peluang kepada kumpulan pelaksana yang menerajui jabatan-jabatan tertentu di peringkat negeri ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan tahap profesional dan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada mereka.

“Ini merupakan kolaborasi yang baik dan merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimana kita menggunakan kepakaran yang ada di UniSZA untuk menjadikan pegawai kita pemimpin terhebat pada masa akan datang dan secara tidak langsung mereka ini juga akan menjadi duta kepada UniSZA.

“Leibh menarik, sepuluh yang terbaik daripada mereka ini kita akan tawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD dimana tiga yang paling cemerlang akan ditaja kerajaan negeri untuk mengikuti PHD di universiti luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap di Program Peningkatan Profesionalisme Pegawai Tadbir Negeri 2017 dan MoU antara PSUK Terengganu dan UniSZA di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, 21 Pegawai Tadbir Negeri ini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara separuh masa di UniSZA selama setahun bermula 22 September lalu.

No comments: