Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Perintis Negeri Patriotik Walk Terengganu 2017 Di Kuala Berang




Program perintis di Terengganu, Patriotik Walk Terengganu 2017 merupakan hasil kerjasama antara Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri dengan usahasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan Negeri.

Program melibatkan penyertaan hampir 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan, Badan Bukan Kerajaan(NGO), para pelajar dan orang ramai yang berjalan dan berarak demi menyatakan semangat patriotik dan solidariti sayangkan negara.

Yufrisyam Ibrahim
Pengarah Program, Yufrisyam Ibrahim, 32, berkata, di samping meraikan bulan kemerdekaan, ia juga bertujuan mengeratkan lagi silaturahim di antara semua peserta dan agensi yang menyertai program.

"Pelbagai pengisian diselitkan bagi menjayakan program ini seperti senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika serta persembahan koir patriotik daripada anak-anak Pusat Didikan Khas.

"Sebenarnya ini adalah lanjutan daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk Program Merdeka Freedive 2017 dan Program Berakit Merdeka yang mana kedua-duanya merupakan penganjuran julung kali di negeri ini,"katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut.

Majlis perasmian Program Patriotik Walk Terengganu 2017 disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail mewakili  Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada hari ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata suasana keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup di sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat membolehkan rakyat meraikan sambutan kali tanpa masalah seperti yang berlaku di negara-negara yang sentiasa bergolak.

"Program seperti ini mampu melahirkan komuniti yang baik, sempurna dan positif dalam melahirkan warga masyarakat yang patriotik dan nasionalisme serta sayangkan negara,"katanya.

No comments: