Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program MyBN NBOS 'Touch Point' Secara Langsung Kepada Penduduk Setempat



Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Gotong Royong 2017 melibatkan 98 parlimen seluruh negara diyakini mampu memberi 'touch point' yang akan meninggalkan kesan secara langsung di kawasan kediaman penduduk setempat.

Setiausaha  Bahagian, Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)Terengganu, Jusman Ibrahim berkata,  peruntukan NBOS MyBN sebanyak RM30,000 setiap parlimen merupakan peruntukan khas kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Jelasnya, ia melibatkan kerjasama antara Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta sukarelawan yang memfokuskan kepada aktiviti gotong royong.

"Program ini lebih memfokuskan kepada aktiviti pembersihan, pengindahan dan keceriaan kawasan oleh penduduk setempat dan sukarelawan secara kerjasama di kalangan mereka yang terlibat.

"Kita berharap melalui program ini, ia mampu mengubah persekitaran kejiranan yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat, bersih dan indah secara mampan,"kata Jusman kepada Teganukita selepas Program (MyBN)NBOS Peringkat Negeri Terengganu di PAKR Taman Desa Permai, Kampung Darat Pok Chan, Marang hari ini.

Jusman mengecat pintu gerbang sambil  diperhatikan Rozali  dan Rohaya.


Turut hadir, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Terengganu, TPr . Rohaya Abd Kadir dan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Rozali Salleh.

Tambahnya lagi, paling penting program itu mampu mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan dan mengeratkan ukhwah di kalangan penduduk setempat.

No comments: