Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Polis, SRS Bekerjasama Tangani Gejala Dadah



Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Skim Rondaan Sukarela(SRS) bagi membanteras jenayah termasuk gejala dadah di kampung-kampung di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata,bantuan SRS sangat diperlukan bagi mengenalpasti kawasan 'hot spot' kegiatan penagihan dadah termasuklah jenayah lain sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan dalam mengurangkan beban polis menangani masalah jenayah.

"Saya lihat SRS merupakan satu langkah yang terbaik dan terbukti mampu  mengurangkan kadar jenayah termasuk gejala penagihan dadah di kawasan kediaman penduduk terutama di kampung-kampung.

"Pembabitan orang kampung dalam pasukan SRS mungkin mampu membantu dari sudut teknikal dari segi rondaan yang dilakukan secara sukarela dan pihak polis mengalu-alukannya bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan dan keamanan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis perasmian Program Jom Ronda  SRS 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 di Kampung Padang Setar,Sekayu, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Nik Azman Nik Razak serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional( JPNIN)  Terengganu, Burhanuddin Daud.

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian surat penghargaan kepada SRS serta ziarah mesra perpaduan.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, terdapat 480 SRS di seluruh Terengganu dan 80 peratus daripadanya bergerak aktif mengadakan kawalan keselamatan serta rondaan bagi mencegah jenayah di tempat masing-masing.

"Kami akan memastikan bakinya sebanyak 20 peratus akan bergerak secara aktif pada tahun hadapan.

"Menurut Kajian Persepsi Rasa Selamat yang dijalankan pihak jabatan daripada Januari hingga Jun tahun ini, mendapati 96 peratus individu yang tinggal di kawasan yang diwujudkan SRS merasakan keselamatan mereka lebih terjamin,"katanya.

No comments: