Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PMINT Promosi Stok Hartanah, Pakej Projek Di PMINT Property Fest 2017


Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT) buat julung kalinya menganjurkan PMINT Property Fest 2017 selama enam hari bermula 30 September lalu, di PB Square, Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, tujuan utama ekspo itu adalah untuk memperkenalkan dan mempomosikan stok-stok hartanah PMINT serta pakej-pakej baharu pembangunan projek PMINT bersama anak syarikat.

“Lebih daripada 600 unit hartanah melibatkan pelbagai jenis segmen ditawarkan kepada pembeli berpotensi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM191 juta bakal menjadi tarikan kepada pengunjung,” katanya ketika perasmian ekspo berkenaan di PB Square, Kuala Terengganu, semalam.


Hadir sama, Pengurus Besar Perancangan Projek, Engku Md Azmi Engku Abd Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil.

Tambanya, para pengunjung juga berpeluang merebut insentif yang disediakan oleh PMINT bagi hartanah yang ditawarkan sepanjang program berlangsung.

“Saya berharap agar ekspo seperti ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat dengan pihak PMINT dan dapat memberi impak yang positif. Selain itu, berharap agar perancangan dan pelaksanaan projek yang dilaksanakan PMINT akan menjadi ‘benchmark’ kepada keseluruhan pembangunan di negeri ini,”katanya.

No comments: