Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Petronas Komited Perkasakan STEM Di Terengganu


Petronas meneruskan komitmen bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Petronas STEM Fair 2017.

Terbaru, seramai 400 murid daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar Terengganu menyertai di Kolej Vokasional Dungun, semalam.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program itu menjadi satu daripada komitmen syarikat korporat ulung itu bagi menambah nilai dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM.

"Ini merupakan tahun kedua penganjuran Petronas yang bermatlamat mempromosikan pembangunan modal insan di samping menyokong usaha kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seawal Tahun Satu," katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Matsor Ismail.

Menurut Hasnan, program STEM Fair 2017 itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan nisbah 60 peratus untuk kemasukan dalam bidang sains, teknikal, vokasional dan 40 peratus dalam bidang seni.


"Sepanjang tahun ini, lebih daripada 1,500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP).

"Selain itu, guru-guru dari sekolah terpilih turut diberi pendedahan Pedagogi Pendidikan STEM melalui Bengkel Pembangunan Profesional Guru di Kuala Lumpur.

"Pada sesi tersebut, Petronas turut menyumbang bantuan kelengkapan persekolahan kepada seramai 393 pelajar PSIP dari Sekolah kebangsaan (SK) Serdang, SK Tok Kah dan SK Kompleks Rantau Abang," katanya.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan di STEM Fair 2017 termasuklah demonstrasi uji kaji sains, pertunjukan sains, kuiz interaktif dan persembahan projek sains dan matematik oleh pelajar yang terlibat.

No comments: