Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Permohonan Bantuan Persekolahan Mula Dibuka Pada 5 Oktober Ini


Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian  mulai 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.

Syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14 juta untuk diagihkan kepada lebih 120,000 pelajar pada Disember atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Katanya, peruntukan yang berjumlah RM12 juta tahun lalu (melibatkan 109,880 pelajar) meningkat kepada RM14 juta tahun ini antara usaha kerajaan Terengganu membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya  musim persekolahan yang baharu.

“Manakala sebanyak RM9.5 juta  diperuntukkan kepada 94,966 pelajar pada 2014, RM10.2 juta, 101,984 pelajar (2015) dan sejumlah RM10.4 juta diagihkan kepada 104,021 pelajar pada 2016.

“Bantuan yang akan diagih mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat itu memasuki tahun ke-13 pelaksanaan sejak 2005 hingga tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wima Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, dia berharap ibu bapa menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dengan membeli kelengkapan sekolah, alat tulis dan bukannya berbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.

“Seboleh-bolehnya saya mahu melihat anak-anak yang mendapat bantuan ini mengenakan pakaian baru pada sesi persekolahan akan datang.

“Sebaliknya, tidak wajar sekiranya ibu bapa memberi alasan tidak berduit untuk beli pakaian baru kerana duit sudah diberi,”katanya.
  


No comments: