Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perjuangan UMNO - Pas Sama, Tegakkan Agama - Ahmad Razif


UMNO sudah lama membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan Pas. Malah pucuk pimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak juga sudah beberapa kali menawarkannya, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, UMNO sejak sekian lama menghulurkan tangan kepada Pas bagi mengukuhkan hubungan silaturahim di antara sesama Islam.

"Kita tidak nampak apa perbezaan antara UMNO dengan Pas kerana perjuangan kita sama, iaitu menegakkan agama yang membawa kepada kebaikan. Tiada sebab untuk kita tidak boleh bekerjasama dan soal bekerjasama itu ditentukan oleh peringkat pimpinan tertinggi..Presiden Parti (UMNO)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Turun Padang Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, hari ini.


Menteri Besar mengulas demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Lembaga Penasihat Pas, Dato' Mustafa Ali, dalam satu sidang media khas, dua hari lalu yang meminta Pas menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh UMNO demi kepentingan negara ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan Pas dan tiada masalah untuk menyertai sebarang rundingan dari parti itu.

"Kita sedia berunding. Malah kita juga sedia bertolak ansur kepada Pas untuk mengadakan sebarang program sepertimana penganjuran Himpunan Fastaqim di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, (30 September) baru-baru ini,"katanya.

Dalam laporan sebelum ini juga, Mustafa yang juga bekas pengarah pilihan raya Pas berkata parti itu wajar berunding dan menyambut tangan dihulurkan UMNO dan kenyataan itu juga sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa sebelum ini.

Bagi veteran Pas itu lagi, partinya tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan UMNO.


No comments: