Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penyelidik UMT Hasil Kit Pengesan Endotoksin Pantas Daripada Belangkas

Profesor Madya Dr. Noraznawati  bersama produk yang dihasilkan TAL Kit. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Sekumpulan penyelidik dari Institut Bioteknologi Marin (IMB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan kit pengesan endotoksin daripada ekstrak darah belangkas dikenali sebagai TAL Kit untuk kegunaan industri farmaseutikal.

Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr. Noraznawati Ismail berkata, TAL Kit digunakan untuk mengesan kehadiran pencemaran endotoksin dalam ubatan dan alatan untuk suntikan yang dimasukkan ke dalam badan manusia.

“Ianya juga untuk mengesan ketulenan ubat-ubatan untuk diagnosis pantas,” katanya kepada pemberita sempena Sidang Media Penyelidikan Dan Inovasi- Malim UMT di Galeri Korporat UMT, Kuala Nerus, hari ini.


Noraznawati yang juga merangkap Timbalan Pengarah IMB, UMT berkata, TAL Kit dengan rasminya telah dipatenkan pada Januari 2012 dan memperoleh Hak Cipta rasmi pada November 2015.

“Produk yang dihasilkan ini hanya untuk kegunaan farmasi dan tidak untuk orang ramai. InsyaAllah, ianya akan dipasarkan untuk pasaran negara bagi tempoh satu hingga dua tahun sebelum ke pasaran Asia.

“Mulai tahun depan juga, ianya akan dipasarkan di Sabah berikutan spesies belangkas yang digunakan untuk ciptaan ini banyak terdapat di negeri itu,” ujarnya.

No comments: