Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik berbanding 17-15 sekarang ini.

Kepimpinan Ahmad Razif yang dilihat begitu cakna rakyat dan meneruskan agenda pembangunan rakyat yang dipelopori oleh pimpinan sebelumnya membuktikan keikhlasan Menteri Besar itu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri.

Ketuanya, Johari Abu Bakar ketika ditemui penulis berkata, Pergerakan Pemuda tiada masalah untuk berganding tenaga dengan Ahmad Razif selaku Pengarah Pilihanraya Negeri bagi memastikan kemenangan selesa BN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti.

Ahmad Razif katanya, berjaya membawa pendekatan perpaduan dan saling mempercayai antara satu sama lain dengan meneruskan agenda mantan-mantan menteri besar sebelum ini, misalnya pembangunan Tasik Kenyir yang dipelopori Dato’ Seri Ahmad Said, begitu juga Taman Ilmu yang dirintis oleh Dato’ Seri Idris Jusoh dan pembangunan luar bandar dan keagamaan yang menjadi tumpuan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, semuanya diadunkan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) oleh Ahmad Razif.

Johari yakin sikap teladan murni yang ditunjukkan oleh Ahmad Razif telah membuatkan Umno dan BN Terengganu amat stabil sekarang dan sudah bersedia untuk menghadapi PRU 14.

Bahkan, berbekalkan falsafah “kecil bagi kita pemimpin, besar bagi rakyat’ yang dipraktikkan oleh Ahmad Razif amat menyukai hati rakyat masa kini.

“Ada musibah, ada orang sakit, kematian, kemalangan dan sebagainya- termasuk ke pasar dan kedai-kedai kopi semuanya Ahmad Razif sampai tanpa mengambil kira protokol dan sebagainya,” kata Johari yang menyifatkan sikap pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu perlu dicontohi oleh pemimpin muda di masa akan datang.

Bahkan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Negeri itu, Ahmad Razif sebagai ‘anak Ustaz’ mempunyai ciri keagamaan yang sungguh disenangi, sentiasa menganjurkan solat Subuh berjemaah, solat sunat Dhuha di masjid-masjid dan surau dan beliau sendiri turun bersama.

(wawancara penuh dalam akhbar Suara Transformasi akan datang)

No comments: