Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peguam Negara Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UniSZA

Sultanah Terengganu berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang  kepada Mohamed Apandi di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang  di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesembilan di UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Mohamed Apandi, 67,  sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam perundangan negara.
Mohamed Apandi berasal dari Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London, Britain pada 1972 sebelum memperoleh Bar-At-Law dari Inner Temple London (1973).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Pengarah Biro Bantuan Guaman Kota Bahru, sebelum dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, seterusnya Penasihat Undang-Undang Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, peguam dan Pesuruhjaya Kehakiman, diikuti Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan serta seterusnya dilantik sebagai Peguam Negara sejak 27 Julai 2015 sehingga kini.
Mohamed Apandi berkata, penganugerahan Ijazah Kehormat itu merupakan penghormatan tinggi terhadap bidang kehakiman khususnya Jabatan Peguam Negara.
"Anugerah ini mengembalikan nostalgia saya kerana perkhidmatan saya dalam bidang perundangan dan kehakiman bermula di Terengganu, sebagai majistret di Mahkamah Kuala Terengganu pada tahun 1973. 
"Enam tahun saya di Terengganu.. tiga tahun sebagai majistret dan tiga tahun lagi sebagai Timbalan Pendakwa Raya ," katanya. 

No comments: