Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MBKT Perkenal Laluan Bebas Kenderaan



Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganjurkan Program Pagi Bebas Kenderaan di bandar raya ini secara bulanan pada Sabtu  minggu kedua, setiap bulan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pelaksanaan program  membabitkan laluan dua kilometer bermula dan berakhir di tapak Pasarnita, Tanjung Kuala Terengganu itu  melalui  Jalan Pantai, bangunan baru MBKT dan sekitar bandar Kuala Terengganu.

Katanya, selain berbasikal, orang ramai turut berpeluang berjalan kaki di sekitar laluan yang disediakan di kawasan pantai di samping melakukan aktiviti riadah seperti senamrobik, joging dan pertunjukan kesenian.

“Saya percaya ada ramai peminat sukan berbasikal di bandar raya ini sama ada dalam kalangan persendirian mahupun agensi kerajaan atau swasta.

“Insya-Allah pada masa depan, kita berhasrat mengumpulkan kesemua kumpulan berbasikal yang ada di sini untuk bersama-sama terlibat dalam kayuhan sekali gus menikmati keindahan persekitaran dan udara nyaman di bandar raya Kuala Terengganu,” katanya.

Menurut  Mohd Zulkifli, jalan yang terlibat akan ditutup buat sementara waktu antara jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi  dan dalam tempoh itu dijangka dapat mengurangkan kira-kira 200 kenderaan di jalan raya.

“Laluan sama  akan diperkemaskan dari semasa ke semasa di samping mempertingkatkan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas di lokasi terlibat.


“Sehubungan itu, orang ramai terutama yang ingin ke Pasar Besar Kedai Payang atau kawasan berdekatan diminta menggunakan laluan alternative,”katanya

No comments: