Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Masjid Tumpuan Pelancong Dipantau Elak Anasir Buruk

Mas Ermieyati pada Majlis Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg Ismail

Masjid yang disenarai sebagai masjid tumpuan pelancong di negara ini akan sentiasa dipantau dalam usaha meningkatkan keselamatan dan mengelak rumah ibadat menjadi sasaran pelbagai anasir yang tidak baik.

Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat persediaan awal bagi memastikan masjid sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan memperkuat kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan kewujudan kumpulan yang cuba mencetuskan kegelisahan sosial melalui ancaman membakar rumah ibadat dapat dihapuskan.

"Kewujudan ITC bukan sahaja berperanan mempromosikan pelancongan masjid tetapi ia juga menjalin hubungan baik dengan KDN dalam memberi sesi taklimat, maklum balas dan maklumat terkini kepada pihak masjid mengenai situasi yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

"Oleh demikian penting kepada pihak pengurusan masjid menyalurkan maklumat sekiranya mereka mendapati wujudnya kumpulan atau individu yang meragukan datang ke masjid bagi tujuan tertentu termasuk menyebarkan ajaran yang tidak betul," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, jumlah pengawal keselamatan bagi mengawasi keselamatan di setiap sudut masjid terutama yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara juga akan ditambah mengikut keperluan.

"Kami memang sedia maklum akan kewujudan unit keselamatan sedia ada di masjid tetapi ia perlu diperkuatkan lagi.

"Mereka akan mengawal keselamatan selain sebagai kumpulan pertama yang memaklumkan apa sahaja situasi negatif yang berlaku kepada pihak berkuasa," katanya.

Add caption

Pada majlis itu seramai 81 peserta yang terdiri daripada imam masjid hadir ke persidangan yang berlangsung dua hari bermula hari ini, bagi mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepentingan serta manfaat pelancongan masjid.

No comments: