Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kos RM80 Juta Ambil Balik Tanah Bandar Baru Bukit Besar


Projek Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar melibatkan peruntukan kira-kira RM200 juta merangkumi kawasan seluas 556 hektar di Bandar Raya Kuala Terengganu sedang berjalan lancar.

Menurut sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), sehingga kini, sebanyak RM80 juta dilaburkan bagi kos keseluruhan pengambilan balik tanah di kawasan terlibat.

“Antaranya melibatkan penempatan dan pengambilan tanah di beberapa kampung iaitu Kampung (Kg) Pak Pa, Kg Pak Bang, Kg Padang, Kg Tok Jamal, Kampung Gelugor, Kg Wakaf Mempelam, Kg Bukit Bayas dan Kg Sungai Derhaka,” ujarnya.


Katanya, inisiatif Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar merupakan cadangan pembangunan bandar baharu yang melibatkan komponen institusi kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, perumahan, komersial dan kemudahan awam.

Malah, sehingga kini sebanyak 13 agensi jabatan Persekutuan selesai membuat pengambilan balik tanah dengan tiga projek pembangunan sedang dalam pelaksanaan.

“Sehingga Ogos, kerja-kerja untuk projek pembinaan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu telah mencapai kemajuan sehingga 99 peratus dan Jabatan Audit Negara (Negeri Terengganu) pula siap 89 peratus sementara projek membina Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak 4 Oktober 2016 pula sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Menurutnya, tidak dinafikan projek mega seumpama itu akan mengalami beberapa rintangan, bagaimanapun, halangan itu sedang  diatasi sebaiknya bagi memastikan ia dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut spesifikasi serta jadual ditetapkan.

Katanya, kerja-kerja untuk projek pembinaan sistem rawatan kumbahan berpusat di bandar baharu ini dijangka akan dimulakan awal tahun hadapan dengan kos di bawah Kerajaan Persekutuan.



Selain itu katanya, cadangan pembangunan terminal bersepadu (merangkumi stesen keretapi dan pengangkutan awam lain) oleh Kerajaan Pusat berhampiran kawasan berkenaan juga  secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kesesakan di pusat bandar serta menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada penduduk setempat.

No comments: