Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kontijen PMINT Juara Keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017

Samiun (tengah) bersama wakil kontijen PMINT yang muncul juara keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Kontinjen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) muncul juara keseluruhan selepas berjaya mengutip 29 mata dalam temasya Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 disertai 10 daripada 14 buah Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia (Gemaputera) yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan UDA Holdings Berhad.

“Kejohanan kali ini disertai 400 peserta dimana menyaksikan PMINT menjadi tuan rumah dan acara-acara yang dipertandingkan telah berlangsung di PB Square dan Pantai Batu Burok, pada 14 Oktober.

“Lima jenis sukan tradisional dipertandingkan iaitu Golek Nyior, Sepak Raga Bintang, Dam Aji, Batu Selambut dan Cokok,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Samiun berkata, matlamat penganjuran sukan tradisional tersebut adalah bagi mengangkat kembali sukan-sukan tradisi lama yang dimainkan oleh generasi terdahulu agar ia terus hidup dan kekal terpelihara.

“Malah secara tidak langsung, penganjuran Sukan Tradisional Mini Gemaputera ini juga dapat menghimpunkan seluruh warga PKEN dan UDA Holdings Berhad dibawah satu bumbung yang sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara mereka,” ujarnya. 

No comments: