Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018



Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.

Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek berharga RM30 juta dilengkapi 130 ruang niaga itu sedang giat dibangunkan.

Katanya, apabila siap kelak, ruang perniagaan itu akan diagihkan kepada peniaga sedia ada yang berniaga di merata tempat di sekitar Bandar Jertih.



"Ketika ini peniaga kecil menghadapi masalah menjalankan perniagaan masing-masing kerana berada di lokasi yang tidak strategik menyebabkan peniagaan terjejas berikutan kekurangan pelanggan. 

"Malah, apabila berlaku banjir gerai perniagaan yang terletak di tepi sungai turut ditenggelami air menyebabkan peniaga rugi apabila ditenggelami air,” katanya ketika melawat tapak projek Jertih Square, Jertih, Besut hari ini.

Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, satu lagi projek pasar berharga RM6 juta untuk peniaga barang basah seperti sayur, daging, ikan dan hasil pertanian lain juga dibina di kawasan Jertih Square ini.

Katanya, apabila siap kelak, premis perniagaan itu akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pelanggan.

Selain itu, beliau berkata, menerusi pelan penyusunan semula bandar itu kerajaan akan membina terminal bas berbumbung dan kawasan letak kereta bawah tanah untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Jertih.

No comments: