Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jentera Siber Sampaikan Perkara Positif Dibuat Kerajaan - Ahmad Maslan

Peserta-peserta BTM Negeri Terengganu bergambar bersama Dato' Ahmad Maslan


Biro Informasi dan Teknologi meminta semua Jentera Siber Barisan Nasional (BN)dan UMNO menyampaikan perkara positif yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi UMNO, Dato' Ahmad Maslan berkata, jentera siber dan media sosial UMNO dan BN perlu menyampaikan perkara positif dan cuba memerangi fitnah media sosial yang dibuat oleh pihak pembangkang menggunakan teknologi yang terkini.

Jelasnya lagi, ianya sangat perlu kerana kerajaan mempunyai pelbagai perkara yang boleh disebarkan menerusi media sosial, kaedah yang cepat, berkesan dan efektif kerana segala gajet sentiasa di tangan penggunanya.

"Mereka boleh menularkan segala aktiviti pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing untuk diketahui oleh anak-anak muda terutama peminat media sosial.

"Saya juga nak maklum kepada jentera siber (cyber troppers) UMNO supaya tidak menyebarkan fitnah dan mereka juga harus maklum apabila semakin hampir dengan PRU14... jumlah fitnah yang disebarkan itu akan bertambah,"kata Ahmad.

Beliau berkata demikian di sidang media di Bengkel Teknikal Maya (BTM)Negeri Terengganu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, hanya tinggal empat negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang akan menyelesaikan BTM sebelum November ini.

Sementara itu,beliau turut memaklumkan tentang Tweet yang dilaporkan oleh Malay Mail online dua hari lalu yang menyebut bahawa pengguna Facebook yang menyokong BN dan UMNO mempunyai penyokong dua kali ganda lebih ramai dari penyokong pembangkang.

"Ini perkara yang menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga iaitu Poli Tweet yang tidak ada kaitan dengan parti politik dan ia disiarkan oleh Malay Mail yang memberitahu hasil kajian terhadap pengguna facebook bahawa sokongan  terhadap UMNO dan Pakatan Harapan berjumlah 4.4 juta sementara pembangkang pula angkanya separuh daripada itu.

"Untuk kali pertama kajian seperti ini meletakkan UMNO di hadapan pembangkang dalam perang media sosial..mungkin usaha membuah hasil tapi jangan terlalu selesa dan tak buat kerja nanti lain jadinya,"tegas Ahmad.

No comments: