Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah


Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (TATiUC), di Dewan Canselori TATiUC, semalam.

Zulkhibri berkata, ketika belajar dia turut  melakukan kerja sampingan sebagai guru tuisyen dan khidmatnya itu turut dicurahkan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekelas.

"Sampaikan ada satu masa kerana sibuk ajar kawan, saya tak sempat ulangkaji untuk hadapi peperiksaan tapi keberkatan berkongsi ilmu itu sungguh luar biasa sebab saya mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak sempat ulangkaji. Kita tolong orang, Allah SWT tolong kita," katanya.


Selain cemerlang dalam akademik, anak kelima daripada sembilan beradik itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan kampus dan sanggup mengorbankan waktu cutinya untuk terlibat dengan aktiviti kolej.

Kecemerlangan yang diraih Zulkhibri yang menamatkan pengajian dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.94 juga membolehkannya untuk menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor di bawah program 'fast track'.

Zulkhibri berkata, jurusan pengajian yang dipilih adalah Kejuruteraan Mekanikal kerana mahu mengejar impiannya untuk bergelar seorang pensyarah satu masa nanti.

"Demi mengejar minat, saya berhenti kerja bank dan nekad sambung pengajian peringkat ijazah di TATiUC. Saya bawa semangat arwah ayah yang tak kenal putus asa. Saya pilih untuk sambung belajar PhD di UTHM sebab nak jaga mak, sambil jaga mak bolehlah saya kejar impian untuk jadi pensyarah," katanya.

Pada majlis konvokesyen berkenaan seramai 555 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing melibatkan 133 graduan ijazah dan 422 diploma.

Hadir sama, Canselor TATiUC, Tan Sri Dato' Ir (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaacob; Pengerusi Lembaga Pentadbir TATiUC, Bazlan Abd Rahman dan Rektor TATiUC, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim.

No comments: