Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

J3K Perlu Baiki Segera Rumah Rosak Akibat Ribut

Sabri meninjau kerja-kerja bantuan di sebuah rumah yang mengalami kerosakan di Sungai Derhaka sejurus kejadian ribut petang semalam. Foto oleh Hasmizi Hamid

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diminta bertindak segera membaiki segera rumah penduduk yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, petang semalam.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, kebanyakan rumah penduduk mengalami kerosakan atap selepas diterbangkan angin serta dihempap dahan pokok.

Katanya, di Kuala Terengganu, sejumlah 80 rumah melibatkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang (23) dan Wakaf Mempelam (57) rosak akibat kejadian itu.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu menganggarkan kerugiaan dialami penduduk berikutan kerosakan itu kira-kira RM177,500.

"J3K di DUN Ladang dan Wakaf Mempelam sudah diarah membaiki segera termasuk menukar atap yang pecah," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan meninjau kediaman yang rosak di Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu, hari ini.


Mohd Sabri yang juga Pengerusi Penyelaras DUN Ladang berkata, sehingga kini, kerajaan negeri tidak mengehadkan peruntukan untuk membaiki kediaman yang rosak akibat kejadian ribut.

Katanya lagi, J3K juga sudah diarah mengenal pasti pokok yang dahannya mudah merekah di kawasan kediaman penduduk supaya tidak tumbang dan membahayakan orang ramai.

"Pelbagai agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga akan bekerjssama untuk melakukan kerja mencantas dahan pokok bagi mengelakkan menghempap atap kediaman penduduk," katanya.

No comments: