Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ICESR Dan TADMIC 2017 Kumpul 109 Penyelidik, Bentang Lebih 90 Kertas Kerja


Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, (ESERI), Universiti Sultan Zainal (UniSZA) bersama Institut Teknologi Sains Perubatan, Universiti Kuala Lumpur (MESTECH, UniKL) dan Teknologi Astronautik (M) Sdn. Bhd. (ATSB) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Persekitaran, Sukan dan Rekreasi serta Teknologi Aplikasi Pengurusan Bencana 2017 (ICESR & TADMIC 2017) bermula 3 hingga 5 Oktober bertempat di KEM 1M4U Outreach, Merang, Setiu.
ICESR & TADMIC 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan oleh , Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad.
Program tersebut bertujuan mengumpul kepakaran membabitkan pelbagai disiplin berkaitan alam sekitar, sukan, rekseasi dan pengurusan bencana serta bertujuan menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman daripada pakar sekali gus mewujudkan usahasama penyelidikan.
Pengarah ESERI UniSZA, Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata, seminar antarabangsa itu mengumpulkan 109 penyelidik tempatan dan antarabangsa daripada pelbagai bidang untuk membentangkan lebih 90 kertas kerja.
"Seminar ini berfungsi bagi memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan perkara berkaitan kajian alam sekitar, perlindungan dan pemuliharaan daripada persekitaran bahaya serta melibatkan program kesedaran alam sekitar,” katanya kepada media, di Merang, Setiu, semalam.
Menurut Hafizan Juahir, antara aktiviti semasa program ialah peserta akan dibahagikan kepada beberapa sesi mengikut bidang penyelidikan. Selain itu, setiap peserta akan diberi slot selama 15 minit untuk pembentangan kertas kerja mereka secara santai dengan hanya menggunakan medium poster.
“Keunikan seminar itu terletak pada pengaplikasikan konsep mesra alam sekitar yang lebih santai, yang mana persembahan lisan akan diadakan di sekitar kawasan kem. Malah, sebanyak 28 daripada 90 artikel penyelidikan yang terpilih berjaya diterbitkan dalam jurnal yang diindeks dan penerbitan jurnal berkenaan akan diteruskan selepas seminar berakhir," katanya.
Acara itu direalisasikan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) Universiti Padjadjaran Indonesia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK Terengganu), Majlis Sukan Negari Terengganu (MSNT), Jabatan Kimia Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).

No comments: